Mengenai BPA
Antara tujuan penubuhan Bahagian Penguatkuasaan Akta (BPA) atau dikenali sebagai Unit penguatkuasaan sebelum ini pada 8 Oktober 2020 adalah bersesuaian dengan keperluan untuk melaksanakan seksyen 5 (penguatkuasaan) Akta Perancangan Bandar dan Desa, Penggal 248.
Sejarah
Sebelum 8 Oktober 2020, kerja – kerja penguatkuasaan bagi setiap daerah adalah di bawah penyelarasan masing masing oleh Ketua Bahagian dan Pegawai Pegawai di Bahagian Kemajuan Daerah dan penguatkuasaan bagi kerja – kerja penguatkuasaan di Daerah Brunei Muara, dan setiap Ketua Ketua cawangan bagi kerja kerja penguatkuasan di Daerah Tutong, Belait dan Temburong. Kerja – Kerja penguatkuasaan tersebut dilaksanakan oleh pegawai pegawai berkenaan di samping tugas tugas rutin yang lain khusus di dalam memperoses permohonan Kemajuan yang memerlukan tindakan utama dan segera mengikut TPOR yang telah ditetapkan.
Hasil dari tinjauan yang dilaksanakan khusus di dalam mengenalpasti keberkasanan prosedur serta keutamaan bagi tindakan penguatkuasaan sedia ada, didapati kerja – kerja penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah setakat kerja – kerja profiling sahaja, di samping kerja – kerja penguatkuasaan yang dilaksanakan secara adhoc atau dilaksanakan secara tindakan susulan dari aduan kemajuan yang diterima atau keperluan agensi penguatkuasaan yang lain bagi tindakan penguatkuasaan bersepadu.
Pendekatan penguatkuasaan sedia ada tersebut didapati kurang berkesan dan ianya memerlukan penambahbaikan khusus di dalam menetapkan keutamaan kegiatan yang perlu tindakan penguatkuasaan serta plan of action yang bersesuaian yang berperancangan termasuk perlunya untuk mengenalpasti program program pemberigaan serta garis panduan yang diperlukan. Justeru itu, bermula pada 8 Oktober 2020 Unit Penguatkuasaan Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah ditubuhkan secara berasingan dan ianya tidak lagi di bawah Bahagian Kemajuan Daerah.
Unit Penguatkuasaan ini bagi peringkat awal akan meliati kerja – kerja penguatkuasaan ke atas kemajuan yang melanggar peraturan di Daerah Brunei dan Muara sahaja. Sementara kerja kerja Penguatkuasaan ke atas kemajuan yang melanggar peraturan di Cawangan Tutong, Belait dan Temburong masih dikekalkan untuk di bawah penyelarasan ketua – ketua cawangan masing masing.
Antara tugas dan tanggungjawab adalah seperti berikut;
-
Menyediakan jerayawara dan mengeluarkan Press release bagi kes-kes yang telah selaras dari tindakan penguatkuasaan
-
Menyediakan garispanduan / peraturan yang berkaitan dengan penguatkuasaan
-
Melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan bersesuaian dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa, penggal 248 seperti berikut. Sila tekan link ini untuk lebih lanjut.
Proses Tindakan penguatkuasaan mengikut seksyen tindakan
Proses & Perkhidmatan yang sediada termasuk TPOR
|
|
Melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi aduan penguatkuasaan |
|
Meneliti rayuan penguatkuasaan dan menyediakan sokongan untuk pertimbangan Ahli Komiti Kawalan kemajuan dan / atau Yang Berhormat Menteri Pembangunan. |
Tidak ada TPOR |
