
Penyampaian Ceramah “Menelusuri Hikmah Hijrah dan Kemabruran Haji Dalam Kehidupan Penjawat Awam” disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Fuad bin Matahir, Penolong Pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Ceramah khas bertajuk ‘’ Menelusuri Hikmah Hijrah dan Kemabruran Haji Dalam Kehidupan Penjawat Awam” telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Fuad bin Matahir, Penolong Pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
Pengisian ceramah tersebut menekankan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW bukan sekadar perpindahan fizikal, malah merupakan simbol pergantungan mutlak kepada Allah SWT yang membuktikan pertolongan-Nya hadir sewaktu masa sukar. Disamping itu, hijrah juga membuktikan bahawa kejayaan besar bermula daripada keyakinan kepada Allah, perancangan teliti, pengorbanan, dan kesabaran menghadapi ujian.
Dalam konteks kehidupan penjawat awam pula, hikmah hijrah dan kemabruran haji mengajak setiap individu untuk melakukan transformasi diri ke arah dekat dengan Allah SWT serta lebih cemerlang dalam melaksanakan amanah. Apabila seseorang penjawat awam mengenal Allah dengan lebih mendalam, mereka akan melaksanakan tugas dengan penuh integriti, keikhlasan dan tanggungjawab. Melalui penghayatan kisah hijrah Nabi SAW, peserta akan menelusuri bagaimana hubungan yang kukuh dengan Allah SWT mampu melahirkan penjawat awam yang beramanah, berdaya tahan serta menjadi penyumbang kepada kemakmuran organisasi, masyarakat dan negara.