A Brunei Darussalam Government Website
Melayu | English
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Misi dan Visi
    • Fungsi Utama
    • Carta Organisasi
    • Akta & Peraturan
    • Pelan Strategik
    • Laporan Tahunan
    • Sejarah Jabatan
  • Terbitan jabatan
    • Pelan Pembangunan
    • Buku Garispanduan & Piawaian
  • Perkhidmatan Dalam Talian
    • Pembayaran
    • Pembelian Buku / Sebutharga(TCP eStoreBN)
    • Kebenaran Perancangan (eKP)
    • Status KP (eSOS)
    • Ulasan Infrastruktur (SUI)
    • Land Search (iPK)
    • Pengenalpastian Tapak (e3S)
      • Pengenalpastian Tapak Ahli (e3S)
    • Aduan Perancangan (SAP)
    • ePemedulian
  • Borang
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1448 diselajurkan dengan Doa Kesyukuran Bagi Kepulangan Jemaah Haji Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dikendalikan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa

by Rinifian.Charley | Jun 30, 2026 | News | 0 comments

Penyampaian Ceramah “Menelusuri Hikmah Hijrah dan Kemabruran Haji Dalam Kehidupan Penjawat Awam” disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Fuad bin Matahir, Penolong Pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Ceramah khas bertajuk ‘’ Menelusuri Hikmah Hijrah dan Kemabruran Haji Dalam Kehidupan Penjawat Awam” telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Fuad bin Matahir, Penolong Pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Pengisian ceramah tersebut menekankan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW bukan sekadar perpindahan fizikal, malah merupakan simbol pergantungan mutlak kepada Allah SWT yang membuktikan pertolongan-Nya hadir sewaktu masa sukar. Disamping itu, hijrah juga membuktikan bahawa kejayaan besar bermula daripada keyakinan kepada Allah, perancangan teliti, pengorbanan, dan kesabaran menghadapi ujian.

Dalam konteks kehidupan penjawat awam pula, hikmah hijrah dan kemabruran haji mengajak setiap individu untuk melakukan transformasi diri ke arah dekat dengan Allah SWT serta lebih cemerlang dalam melaksanakan amanah. Apabila seseorang penjawat awam mengenal Allah dengan lebih mendalam, mereka akan melaksanakan tugas dengan penuh integriti, keikhlasan dan tanggungjawab. Melalui penghayatan kisah hijrah Nabi SAW, peserta akan menelusuri bagaimana hubungan yang kukuh dengan Allah SWT mampu melahirkan penjawat awam yang beramanah, berdaya tahan serta menjadi penyumbang kepada kemakmuran organisasi, masyarakat dan negara.

Recent Posts

  • Bilangan Sebutharga : 10/2026/2027
  • Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1448 diselajurkan dengan Doa Kesyukuran Bagi Kepulangan Jemaah Haji Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dikendalikan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa
  • Majlis Ilal Hijrah & Doa Kesyukuran Jemaah Haji
  • Bilangan Sebutharga : 08/2026/2027 dan 09/2026/2027
  • Bilangan Sebutharga : 06/2026/2027

Recent Comments

No comments to show.

Jabatan Perancang
Bandar dan Desa
Kementerian Pembangunan

Alamat JPBD
Alamat Persuratan 📍
Emel✉️ : info@tcp.gov.bn
Instagram / Hotline
  • Follow
  • Follow

Telefon

⊛ Ibu Pejabat 🏠
     2382591, 2382692, 2383595 📞
     +673 8200 222 💬
⊛ Cawangan Tutong 🏠
     4222272
📞 4260145 📠
⊛ Cawangan Kuala Belait 🏠
     3330106 📞 3332782 📠
⊛ Cawangan Temburong🏠
     5221286 📞 5221288 📠

 

 

 

Waktu Perkidmatan Kaunter
Perkhidmatan JPBD👩🏻‍💻📓✍🏻

Tarikh Kemaskini

14.02.2026

📸

Hak Cipta © JPBD, Negara Brunei Darussalam. 2026