A Brunei Darussalam Government Website
Melayu | English
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Misi dan Visi
    • Fungsi Utama
    • Carta Organisasi
    • Akta & Peraturan
    • Pelan Strategik
    • Laporan Tahunan
    • Sejarah Jabatan
  • Terbitan jabatan
    • Pelan Pembangunan
    • Buku Garispanduan & Piawaian
  • Perkhidmatan Dalam Talian
    • Pembayaran
    • Pembelian Buku / Sebutharga(TCP eStoreBN)
    • Kebenaran Perancangan (eKP)
    • Status KP (eSOS)
    • Ulasan Infrastruktur (SUI)
    • Land Search (iPK)
    • Pengenalpastian Tapak (e3S)
      • Pengenalpastian Tapak Ahli (e3S)
    • Aduan Perancangan (SAP)
    • ePemedulian
  • Borang
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami

Majlis Ilal Hijrah & Doa Kesyukuran Jemaah Haji

by Rinifian.Charley | Jun 29, 2026 | News | 0 comments

Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1448H yang diselajurkan dengan Doa Kesyukuran Kepulangan Jemaah Haji Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah At-Taubah ayat 38 hingga 40 berserta tafsiran oleh pelajar-pelajar Institut Tahfiz Al-Qurโ€™an Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis diteruskan dengan ceramah khas sempena Ilal Hijrah 1448H yang bertajuk โ€œMenelusuri Hikmah Hijrah dan Kemabruran Haji Dalam Kehidupan Penjawat Awamโ€, yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Fuad bin Matahir daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali(UNISSA).

Ceramah tersebut mengupas penghayatan nilai hijrah dalam kehidupan, khususnya dalam memperkukuhkan integriti, keikhlasan serta tanggungjawab warga perkhidmatan awam dalam melaksanakan amanah.

Majlis turut diserikan dengan alunan dikir marhaban serta Doa Kesyukuran bagi meraikan 25 orang jemaah haji Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang telah selamat kembali ke tanah air.

Recent Posts

  • Bilangan Sebutharga : 10/2026/2027
  • Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1448 diselajurkan dengan Doa Kesyukuran Bagi Kepulangan Jemaah Haji Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dikendalikan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa
  • Majlis Ilal Hijrah & Doa Kesyukuran Jemaah Haji
  • Bilangan Sebutharga : 08/2026/2027 dan 09/2026/2027
  • Bilangan Sebutharga : 06/2026/2027

Recent Comments

No comments to show.

Jabatan Perancang
Bandar dan Desa
Kementerian Pembangunan

Alamat JPBD
Alamat Persuratanย ๐Ÿ“
Emelโœ‰๏ธ : info@tcp.gov.bn
Instagram / Hotline
  • Follow
  • Follow

Telefon

โŠ› Ibu Pejabat ๐Ÿ 
ย  ย  ย 2382591, 2382692, 2383595 ๐Ÿ“ž
ย  ย  ย +673 8200 222 ๐Ÿ’ฌ
โŠ› Cawangan Tutong ๐Ÿ 
ย  ย  ย 4222272
๐Ÿ“ž 4260145 ๐Ÿ“ 
โŠ› Cawangan Kuala Belait ๐Ÿ 
ย  ย  ย 3330106 ๐Ÿ“ž 3332782 ๐Ÿ“ 
โŠ› Cawangan Temburong๐Ÿ 
ย  ย  ย 5221286 ๐Ÿ“ž 5221288 ๐Ÿ“ 

ย 

ย 

ย 

Waktu Perkidmatan Kaunter
Perkhidmatan JPBD๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ป๐Ÿ““โœ๐Ÿป

Tarikh Kemaskini

14.02.2026

๐Ÿ“ธ

Hak Cipta ยฉ JPBD, Negara Brunei Darussalam. 2026