Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1448H yang diselajurkan dengan Doa Kesyukuran Kepulangan Jemaah Haji Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah At-Taubah ayat 38 hingga 40 berserta tafsiran oleh pelajar-pelajar Institut Tahfiz Al-Qurโan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis diteruskan dengan ceramah khas sempena Ilal Hijrah 1448H yang bertajuk โMenelusuri Hikmah Hijrah dan Kemabruran Haji Dalam Kehidupan Penjawat Awamโ, yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Fuad bin Matahir daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali(UNISSA).
Ceramah tersebut mengupas penghayatan nilai hijrah dalam kehidupan, khususnya dalam memperkukuhkan integriti, keikhlasan serta tanggungjawab warga perkhidmatan awam dalam melaksanakan amanah.

Majlis turut diserikan dengan alunan dikir marhaban serta Doa Kesyukuran bagi meraikan 25 orang jemaah haji Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang telah selamat kembali ke tanah air.